Selamat Datang ke Darul Digital....
 

KURSUS
PROGRAM YANG DITAWARKAN

Pengenalan kepada Animasi 2D dan 3D (2 Bulan)

Antara kandungan kursus adalah:
  • Asas Filem
  • Asas senilukis
  • Penulisan Cerita
  • Rekaan Watak kartun
  • Penyediaan Storyboard
  • Teknik Animasi 2D dan 3D
  • Penggunaan Perisian Animasi 2D dan 3D
  • Apresiasi Filem

Kursus pengenalan kepada Animasi 2D dan 3D ini akan dibimbing oleh tenaga pengajar professional yang terlibat dalam industri filem dan animasi tempatan. Setiap pelajar dibimbing untuk menyediakan satu projek akhir berbentuk animasi.

 

Kursus Pertengahan Animasi 2D dan 3D (2 bulan)

Kursus ini adalah lanjutan dari Kursus Pengenalan Animasi 2D dan 3D. Antara kandungan kursus adalah:

  • Penulisan Skrip
  • Pembentukan personaliti watak
  • Visual effects
  • Animasi
  • Aplikasi bunyian dan muzik
  • Analisis filem

Kursus pertengahan Animasi 2D dan 3D terbuka kepada mereka yang sudah ada asas pengetahuan dalam bidang filem dan animasi. Setiap pelajar dibimbing untuk menyediakan projek akhir berbentuk animasi dan visual effects.

Kursus Lanjutan Animasi 3D dan 2D

Kursus ini ditawarkan kepada mereka yang telah mengikuti Kursus Asas Animasi di Darul Digital, Jangkamasa kursus adalah selama 2 minggu bagi setiap Kursus Animasi 3D dan 2D

Pengenalan kepada Penerbitan Dokumentari (3 Minggu)

Kursus ini akan mendedahkan ilmu dan kaedah menulis skrip untuk drama TV. Antara isi kandungan kursus ini adalah:

  • Perangkaan idea untuk skrip ataupun membuat adaptasi
  • Penulisan gambaran cerita dan skrip
  • Pembangunan watak dan latar cerita
  • Merangka struktur skrip
  • Penulisan deraf skrip
  • Penulisan skrip akhir dan dialog
  • Apresiasi dan analisis filem

Kelas Asas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator

Kelas ini dibuka kepada mereka yang tidak pernah menggunakan perisisan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas untuk merekebentuk pelbagai jenis grafik. Setiap peserta perlu mengikuti Kursus selama 16 jam. Kursus dilaksanakan melalui kaedah demonstrasi, perbincangan dan latihan amali.

Bengkel Lukisan, Kartun dan Animasi

Bengkel ini dijalankan selama 2 hari, terbuka kepada pelajar sekolah Menengah, antara perkara yang akan diliputi adalah mencipta watak kartun, asas Lukisan, Lukisan Potret & Karikatur, proses animasi mannual (on paper) dan juga proses animasi stop motion.

 

Kelas Lukisan

Kelas lukisan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah, terutama pelajar tingkatan 5 dan 6 yang mengambil subjek Seni Visual. Kelas diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu selama 2 jam .

Bengkel Teroka Digital Media

Bengkel ini akan mendedahkan peserta dengan penggunaan digital
media yang boleh membantu dalam memudahkan dan meningkatkan
mutu kerja dengan menggunakan komputer i Mac.

Modul pilihan adalah : i-Movie, i-Photo, Garage Band, i-Web


Kursus Ad Hoc

Lain-lain kursus diadakan dari masa ke masa mengikut keperluan atau pun di atas permintaan mana-mana pihak yang berminat.

 

 

 

TERKINI
Pengambilan
pelajar baru untuk

>> Kursus Pengenalan Animasi 3D & 2D
dibuka sekarang!

Untuk Maklumat lanjut, hubungi Darul Digital di talian 09-7473800 & 09-7478802

 
Paparan terbaik melalui resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan Mozilla Firefox atau Microsoft Internet Explorer

Hak Cipta Terpelihara Darul Digital © 2008
Lot 3-14, Tingkat 3, KB Bazaar, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan