Selamat Datang ke Darul Digital....
 
 

DARUL DIGITAL

KEMUDAHAN
Darul Digital menyediakan segala kemudahan yang lengkap dan canggih untuk pelajarnya. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan pembelajaran iaitu imac yang berprestasi tinggi, makmal yang selesa, perpustakaan yang dilengkapi buku-buku yang sesuai untuk membuat rujukan. Kemudahan internet yang menggunakan jaringan tanpa wayar dengan kepantasan yang maksimun. Adalah menjadi hasrat Darul Digital untuk menjadikan Kota Bharu sebagai “Wireless City”. Di samping itu kemudahan surau juga terdapat di sekitar Darul Digital bagi memudahkan pelajar untuk menunaikan tuntutan agama.
Pusat Sumber

Darul Digital menyediakan Pusat sumber bagi memudahkan pelajar membuat rujukan, setiap pelajar dibenarkan menggunakan pusat sumber pada jam 9 pagi – 5 petang pada setiap hari. Selain buku-buku, majalah, DVD, disediakan juga imac bagi memudahkan pelajar untuk menggunakan internet dan disamping itu juga mereka boleh membuat latihan samada untuk subjek 3D dan juga 2D.

Lightbox

Lightbox disediakan untuk kemudahan pelajar melukis.

Ruang Diskusi

Ruang Diskusi disediakan untuk pelajar bagi membincangkan tugasan yang diberikan.

Makmal

Makmal di Darul Digital boleh memuatkan lebih kurang 60 pelajar dalam satu-satu masa. Teknik pembelajaran yang digunakan adalah berbentuk “hand-on”, bermakna pelajar dikehendaki mempraktikkan apa yang diajar secara praktikal. Imac yang disediakan juga adalah berkelajuan tinggi.
Bilik Tayangan

Bilik tayangan juga disediakan untuk pelajar membuat pembentangan projek yang dihasilkan selama belajar di Darul Digital.

Pasca Produksi

Darul Digital juga menyediakan studio yang mempunyai peralatan lengkap untuk melakukan aktiviti pengambaran dan juga untuk membuat penyuntingan audio dan video.

Kemudahan Lain

Internet

Darul Digital menyediakan jaringan internet tanpa wayar yang berkelajuan tinggi, pelajar akan disekat daripada melayari laman-laman yang tidak berkaitan.

Kemudahan Lain

Kemudahan lain yang terdapat disekitar Darul Digital Adalah Seperti, Stesen Bas, tempat menunggu bas, supermarket dan banyak lagi.

KEMUDAHAN
TERKINI
Pengambilan
pelajar baru untuk

>> Kursus Pengenalan Animasi 3D & 2D
dibuka sekarang!

Untuk Maklumat lanjut, hubungi Darul Digital di talian 09-7473800 & 09-7478802

 
 
Paparan terbaik melalui resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan Mozilla Firefox atau Microsoft Internet Explorer

Hak Cipta Terpelihara Darul Digital © 2008
Lot 3-14, Tingkat 3, KB Bazaar, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan