Selamat Datang ke Darul Digital....
 

BERITA
SEMINAR KEBANGSAAN KEUSAHAWANAN INDUSTRI KREATIF DAN WARISAN 2010
24-25 Februari 2010

Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Keusahawanan Industri Kreatif dan Warisan 2010 pada 24 dan 25 Februari 2010. Seminar tersebut adalah anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK. Matlamat utama seminar ini adalah untuk mengembleng para ilmuan dan usahawan dalam industry kreatif dan warisan untuk bersama memacu idea-idea baru bagi memartabatkan warisan Negara khususnya di Kelantan melalui industry kreatif di Malaysia.

Antara cabang Industri Kreatif ialah pengiklanan, filem dan video, Muzik, Permainan video dan komputer, software, penerbitan dan percetakan dan lain-lain lagi. Peluang ini di ambil oleh Darul Digital untuk turut serta  bagi mendapat informasi dan idea-idea untuk menjana pendapatan melalui industri kreatif.
 

Darul Digital telah mengambil bahagian dengan menyertai pameran untuk member penerangan dan demostrasi penggunaan perisian i-movie, i-photo, i-web dan garage band kepada para pengunjung dan peserta seminar. Program-program di Darul Digital seperti kursus animasi, bengkel suntingan video & imej, bengkel fotografi dan lain-lain bengkel turut ditawarkan.
Pengunjung diberi peluang menggunakan perisian iMac
Atas
 
BENGKEL LATIHAN IPHONE DAN FACEBOOK
9-12 Novemberr 2009
Multimedia Development Corporation (MDeC) telah mengadakan bengkel latihan iPhone dan facebook di Darul Digital pada 9 hingga 12 November 2009. Bengkel tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari pelajar-pelajar kolej dan juga Jabatan-jabatan teknologi maklumat sekitar Kota Bharu.

Bengkel tersebut diadakan secara percuma, dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang mahir dalam pembangunan aplikasi diatas platform iPhone dan facebook. Bengkel ini juga membuka peluang kepada peserta yang berminat untuk membangunkan aplikasi sekiranya mempunyai idea yang menarik dan berpotensi.

Bengkel tersebut sangat menarik kerana ia merupakan teknologi baru untuk diterokai dan boleh juga untuk menambah pendapatan sekiranya berminat terutama kepada peserta yang telah mempunyai asas bahasa pengatucaraan.

 
Bengkel latihan iPhone
Bengkel latihan Facebook
Atas
 
MAJLIS PENYERAHAN CEK DAN BERBUKA PUASA
14 September 2009
Majlis penyerahan cek dan berbuka puasa telah diadakan pada 24 Ramadhan 1430H bersamaan 14 September 2009. Cek tersebut adalah bernilai RM60,000.00 dan telah disampaikan oleh Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hassan kepada Darul Digital yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif Darul Digital iaitu Ir. Abdul Ariffahmi bin Abdul Rahman.

Majlis bermula pada pukul 6 petang dan berakhir dengan majlis berbuka puasa di Darul Digital, kira-kira 50 orang jemputan yang hadir termasuk bekas pelajar Darul Digital yang juga turut memeriahkan majlis.

Sumbangan tersebut adalah merupakan peruntukan teroka multimedia kepada 40 orang pelajar yang berminat dan tidak berkemampuan untuk mengikuti Program Asas Animasi selama 2 bulan di Darul Digital.


Cek disampaikan oleh YB Dr. Mohamed Fadzli b. Dato' Hassan kepada Ir. Abdul Ariffahmi b. Abdul Rahman, CEO PMBK.
 
Atas
LAWATAN DARI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
30 Mac 2009
Seramai 30 orang pelajar dari Animation Club, Kolej Komuniti Segamat, Johor telah mengunjungi Darul Digital untuk sesi lawatan sambil belajar, mereka terdiri dari pelajar-pelajar Sijil Animasi.
Antara pelajar Kolej Komuniti yang hadir ke Darul Digital
Semasa sesi lawatan tersebut pelajar telah diberi pendedahan langkah-langkah untuk menghasilkan animasi terutama animasi 2D. Disamping itu juga pelajar dibawa melawat ke sekitar Darul Digital dan mereka juga diberi peluang melihat hasil-hasil kerja pelajar serta projek-projek yang telah dihasilkan oleh Darul Digital.
 
BENGKEL MELUKIS KARTUN DAN ANIMASI
20 dan 21 Disember 2008

Darul Digital telah mengadakan Bengkel Melukis Kartun dan animasi secara percuma pada 20 dan 21 Disember 2008, iaitu pada hari sabtu dan ahad. Bengkel tersebut telah di meriahkan juga dengan kehadiran pelawak, pelukis dan pelakon terkenal di Malaysia iaitu Imuda, pelbagai acara menarik disediakan untuk peserta antaranya ialah sesi belajar melukis bersama Imuda, sesi melukis karikatur dan sesi autograf.

Peserta juga diajar bagaimana cara untuk menghasilkan animasi yang ringkas dan setiap peserta juga diwajibkan menghasilkan satu lukisan dan diakhir bengkel, hasil lukisan tersebut di komen oleh Imuda dan En. Hassan Abd. Muthalib, Pengarah animasi di Darul Digital.

Bengkel ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai peringkat umur, peserta yang paling muda adalah berumur 9 tahun dan yang paling tua berumur 38 tahun. Kebanyakkan peserta berpuas hati dengan bengkel tersebut.

Di dalam bengkel ini juga peserta didedahkan dengan potensi kerjaya dalam bidang animasi pada masa akan datang. Peserta juga dapat berkongsi pengalaman dengan imuda dalam pelbagai bidang yang telah diceburi terutamanya bidang animasi dan lukisan.

Diakhir bengkel setiap peserta diberikan sijil penyertaan, sijil tersebut disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Darul Digital, Ir. Abdul Ariffahmi b Abdul Rahman.

Antara peserta yang menyertai Bengkel Animasi
Lukisan Karikatur dari Imuda

Atas

PENGGAMBARAN PROJEK DOKUMENTARI OLEH SYARIKAT BUSE FILM DARI JERMAN
14 HINGGA 25 OKTOBER 2008

Syarikat Buse Film dari Jerman telah datang ke Kelantan untuk membuat penggambaran projek dokumentari tentang seni tradisi di Kelantan, terutamanya Mak Yong. Mereka telah berada di Kelantan dari 14 Oktober sehingga 25 Oktober 2008. Buat tujuan ini En. Hassan bertindak sebagai fasilitator & penolong pengarah produksi.


Krew Buse Film dari Jerman bersama En. Hassan dan Krew dari Kuala Lumpur

Staf Darul Digital turut membantu dari segi teknikal. Sepanjang berada di Kelantan mereka telah dibawa melawat ke sekitar Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.


Antara staf Darul Digital yan turut terlibat dalam penggambaran tersebut

Krew Buse Film tiba di Kelantan pada 14 Oktober 2008, hari berikutnya mereka meninjau (recce) ke lokasi yang bakal dijadikan lokasi penggambaran. Recce telah dibuat di sekitar Pasar Siti Khadijah, Kemasin, Perupuk, Masjid Kampung Laut, Muzium dan Pantai Irama, Bachok.

Kebanyakkan penggambaran dilakukan di dalam Rumah Rakit tepi sungai Kelantan, Kota Bharu, kerana keunikan seni binanya melambangkan rumah tradisional di Kelantan. Pada 19 Oktober, [penggambaran Main Puteri dimulakan di Rumah Rakit. Pada 20 Oktober penggambaran diteruskan lagi di Restoran Ukir Sri Anjung, Pulau Melaka untuk persembahan Makyong.


Penggambaran Main Puteri di Rumah Rakit, Kota Bharu


Sesi penggambaran di Restoran Ukir Sri Anjung, Pulau Melaka, Kota Bharu

Pada 21 Oktober, penggambaran Tarian Makyong juga telah dilakukan di Selising, Pasir Puteh.


Tarian Makyong


Proses menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk persembahan Makyong


Antara sebahagian dari penari Makyong

Pada 6.30 pagi 22 Oktober, penggambaran dilakukan di sekitar Kemasin untuk scene memotong pucuk kelapa dan batang nipah. Penggambaran ini dibantu dengan crane untuk ke puncak pokok kelapa. Penggambaran turut dilakukan di sekitar pengkalan nelayan.


Penggambaran turut dibantu crane


Sesi penggambaran di sekitar pengkalan nelayan, Kemasin

Pada sebelah petang krew ke Pantai Sri Tujuh untuk merakam wau bulan diterbangkan ke udara.


Wau diterbangkan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat

Pada 23 Oktober, mereka kembali ke Rumah Rakit untuk membuat penggambaran tambahan. Pada waktu malam, mereka melakukan penggambaran di sekitar Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Lokasi penggambaran di sekitar Pasar Borong Wakaf Che Yeh

Pada hari Jumaat, 24 Oktober, penggambaran di luar Masjid Muhammadi, Kota Bharu merakam umat islam menunaikan solat Jumaat. Waktu petang pula mereka kembali ke Rumah Rakit untuk merakam tarian makyong istana.

Norbert Buse, pengarah filem dokumentari ini amat berpuas hati dengan segala bantuan yang telah dihulurkan kepada beliau dan krewnya.

Atas

BENGKEL PENULISAN DAN PRODUKSI DOKUMENTARI
03 HINGGA 21 OGOS 2008
Aktiviti penggambaran dilakukan di sebuah kampung di Bachok.


Darul Digital telah mengadakan bengkel Penulisan dan Produksi Dokumentari selama 3 minggu bermula 3 hingga 21 Ogos 2008. Bengkel tersebut dibuka kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik untuk menghasilkan dokumentari. Peserta diajar prosedur-prosedur untuk menghasilkan dokumentari dari peringkat penulisan sehingga peringkat suntingan.
Antara tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah mereka yang berpengalaman dalam Pengarahan, Penyuntingan dan Penulisan Skrip, antaranya adalah seperti berikut :

1- Saudara Hassan Muthalib - Presiden Persatuan Animasi di Malaysia
2- K. Shunmugham - Penulis dan Pengarah Program TV dan telemovie
3- Ambri Kailani - Penolong Pengarah di Skop Productions, Pengarah
telemovie dan filem cereka, Black Maria.
4- Abd Samad Hassan - Penyunting dan Pensyarah sambilan.

Peserta juga didedahkan dengan keadaan sebenar dalam melakukan aktiviti penggambaran samada di dalam Darul Digital atau pun di luar. Sebelum melakukan penggambaran, peserta terlebih dahulu diajar bagaimana untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan projek dokumentari.

Lokasi penggambaran adalah di sekitar Kota Bharu dan Bachok manakala Kerja-kerja penyuntingan dan penggambaran dilakukan di Studio Darul Digital. Setelah siap, hasil kerja dinilai oleh sebuah panel.

Atas

HARI TERBUKA DARUL DIGITAL

Sabtu, 21 Jun 2008

Sesi Dialog bertajuk Evolusi Animasi di Malaysia telah diadakan di Darul Digital sempena dengan sambutan Hari Terbuka Darul Digital

 
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sempena hari terbuka Darul Digital. Antaranya pertandingan melukis karekter, pertandingan mewarna, tayangan filem animasi pendek, pertunjukkan melukis karikatur, pertunjukkan teknik Chroma key, pertunjukkan silat mata dan sesi dialog bersama saudara Akashdeep Singh (penyunting filem CINTA), Saudara Rossem (Kartunis), En. Wan Nazri b Wan Daud (Pensyarah Kolej Teknologi Darul Naim) dan En. Hassan Muthalib (Pengarah filem Sang Kancil & Silat Lagenda.)

Hari terbuka tersebut diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang, sambutan amat menggalakkan, hadiah menarik disediakan untuk pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak.

 
Terdapat juga penyertaan dari pelajar sekolah di dalam pertandingan melukis karekter

Pengunjung diberi kebebasan untuk melawat di sekitar Darul Digital untuk melihat sendiri kemudahan dan teknik pengajaran yang digunakan di Darul Digital. Pengunjung juga boleh mencuba untuk menggunakan kemudahan yang disediakan seperti menggunakan computer jenis iMac yang digunakan oleh pelajar Darul Digital.

Atas

BENGKEL PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK
Khamis19 JUN 2008
Antara perserta yang menghadiri bengkel program untuk kanak-kanak
Darul Digital dengan kerjasama Goethe- Institute Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel & Tayangan Filem Kanak-Kanak Terbaik Antarabangsa bertempat di Darul Digital. Bengkel sehari itu diadakan dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel tersebut diadakan secara percuma.

Terdapat 27 peserta yang telah menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada 10 agensi di sekitar Kota Bharu antaranya adalah Global Media Channel, Kolej Teknologi Darul Naim, Kolej Twintech, Jawinet, Exclusive Harmony, Kolej Cosmopoint, Kolej Poly-Tech Mara, Urusetia Penerangan kerajaan Negeri Kelantan dan staf Darul Digital.

Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Ms Hyunsook Chung, yang merupakan pakar dalam bidang penerbitan program TV kanak-kanak

Atas

PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR SESI JAN 2008
Ahad, 06 April 2008
Perbentangan projek akhir pelajar
 

Pembentangan Projek Akhir pelajar sesi Jan 2008 telah diadakan di Darul Digital, majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 30 orang penonton termasuk 10 orang jemputan dari Persatuan Pemulihan Akhlak (caw Kelantan) dari kaum Cina.

Terdapat 15 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus asas animasi selama 2 bulan di Darul Digital, 10 orang daripada pelajar adalah terdiri daripada pelajar kaum cina. Setiap kumpulan pelajar telah membentangkan 2 projek iaitu projek 2D dan 3D. Setiap projek yang dibentangkan telah dinilai oleh En.Hassan Abd Muthalid selaku Pengarah Pusat Darul Digital dan wakil tenaga pengajar bahagian 2D dan 3D.

Pembentangan tersebut turut dihadiri oleh beberapa wakil media seperti Harakah dan Sin Shew Daily. Kebanyakan tetamu yang hadir berpuas hati dan terhibur dengan hasil kerja pelajar-pelajar tersebut.

Atas

MAJLIS SOLAT SUNAT HAJAT SEMPENA PEMBUKAAN DARUL DIGITAL

Solah hajat yang diimami oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Khamis, 03 Mei 2007


Majlis solat hajat sempena pembukaan pusat animasi Darul Digital telah diadakan pada 3 Mei 2007, solat hajat tersebut telah diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis tersebut diadakan di Darul Digital Multimedia Solution, Tingkat 3 KB Bazaar.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Dato’ Takiyuddin Hassan, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Abdul Fattah Mahmood, Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Puan Fadilat Ismail dan juga Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Haji Wan Yahya Wan Salleh.

Selesai majlis solat sunat hajat, tetamu di bawa melawat di sekitar Pusat Animasi Darul Digital. Disamping itu juga para tetamu dapat melihat demonstrasi menghasilkan animasi oleh pelajar.

Atas
 
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN DARUL DIGITAL
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz B Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merasmikan pameran Darul Digital di KB Mall, Kota Bharu.
Isnin, 18 Disember 2006

Majlis perasmian Pameran tersebut telah diadakan pada 18 Disember 2006, Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diadakan di KB Mall.

Dalam majlis tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap filem-filem animasi yang bakal dilahirkan lebih bercorak Islam sehingga dapat dipasarkan ke luar Negara khususnya Negara-negara Islam. Menurutnya lagi bakal karyawan Kelantan tidak mustahil akan menjadi terkenal menerusi filem animasi sekiranya mereka tekun mengikuti kursus yang diadakan.

Di anggarkan kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir ke pameran tersebut. Demonstrasi mengenai teknik-teknik penghasilan animasi juga ditunjukkan oleh tenaga professional dari Industri Animasi pada hari tersebut.

Atas

 

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Pameran tersebut diadakan sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya.
Khamis, 17 Mei 2007

Pada 17, 18 dan 19 Mei 2007, Darul Digital telah menyertai Karnival Pendidikan Dan Kerjaya. Karnival tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan Darul Digital sebagai pusat animasi kepada orang ramai terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah.

Hasil daripada penyertaan carnival yang telah berlansung selama 3 hari itu, Darul Digital telah mula dikenali oleh orang ramai terutamanya masyarakat di Kelantan. Lebih daripada 20 institut pengajian tinggi awam dan swasta turut serta dalam pameran tersebut.

Hasil kerja pelajar, demonstrasi dan juga penerangan diberikan kepada pengunjung yang mengunjungi booth Darul Digital semasa karnival tersebut. Karnival dibuka kepada orang ramai pada pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang. Sambutan pengunjung ke booth Darul Digital agak menggalakkan.

Atas
 
HARI TERBUKA PADA 14 JULAI 2007
Pengunjung diberi peluang menggunakan perisian animasi yang digunakan di Darul Digital.
Selasa, 14 Julai 2007

Hari terbuka Darul Digital telah diadakan pada 14 Julai 2007, iaitu pada hari sabtu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Tujuan hari terbuka tersebut adalah untuk memperkenalkan lokasi dan memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Darul Digital kepada orang ramai.

Sambutan daripada pelaja-pelajar sekolah agak memuaskan. Pada hari terbuka tersebut pengunjung diberi peluang untuk melawat di sekitar Darul Digital untuk melihat bagaimana produk animasi 2D dan 3D dihasilkan secara terperinci.

Pendaftaran juga dibuka bagi pengunjung yang berminat untuk menyertai kursus yang ditawarkan di Darul Digital. Pengunjung juga dapat melihat produk animasi yang dihasil oleh pelajar-pelajar. disamping itu pertandingan mewarna kartun untuk kanak-kanak diadakan bagi menarik minat mereka terhadap animasi.Pada hari tersebut juga pengunjung dapat melihat bagaimana potret dan karikatur dihasilkan.

Aktiviti-aktiviti semasa hari terbuka

1- Peraduan mencipta logo Darul Digital

14 Julai 2007 – Darul Digital telah mengadakan peraduan mencipta logo untuk Darul Digital, peraduan tersebut terbuka kepada semua. Sambutan amat menggalakkan. Pemenang yang bertuah akan menerima wang tunai bernilai RM1,000. tarikh tutup peraduan ialah pada 31 Ogos 2007.

2- Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

14 Julai 2007 – sempena hari terbuka Darul Digital, satu pertandingan melukis untuk kanak-kanak diadakan, sambutan amat menggalakkan. Kira-kira seramai …..kanak-kanak yang telah menyertai pertandingan tersebut. Setiap pemenang, masing-masing menerima satu “hamper”. “hamper” tersebut telah di sampaikan oleh Pengarah Darul Digital, Dato’ Zawawi

Atas

 
 
 

PELAJAR DARUL DIGITAL MEMENANGI PERTANDINGAN MULTIMEDIA

Ezzuan Hafifi (kiri) dan Nazrul Hisyam (kanan) merupakan pelajar Darul Digital yang telah memenangi pertandingan Multimedia sempena Karnival Sains dan Teknologi peringkat negeri Kelantan.
Selasa, 25 Ogos 2007

2 orang pelajar bekas pelajar Darul Digital telah menyertai pertandingan Multimedia dan Animasi anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Pertandingan tersebut diadakan sempena Karnival Sains Dan Teknologi peringkat negeri Kelantan di Kompleks Islam Darul Naim, Balai Islam. Masing-masing telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga. Pelajar tersebut adalah Nazrul Hisyam dan Ezzuan Hafifi. Mereka berdua merupakan pelajar sulung Darul Digital yang telah menamatkan kursus pada Mei yang lalu.

Menurut Nazrul, 23 yang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Rekacipta Animasi dan tempat ke-4 dalam Pertandingan Multimedia yang berkonsepkan Bio- teknologi, beliau mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar dan pengurusan Darul Digital kerana dengan tunjuk ajarnya beliau dapat menghasilkan produk Multimedia tersebut. Ezzuan Hafifi, 19 yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Rekacipta Animasi sanggup bertukar profesion dari bidang automotif kepada animasi kerana minat yang mendalam. “Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada tenaga pengajar, kawan-kawan dan pengurusan Darul Digital yang telah banyak membantu bagi menyiapkan projek animasi tersebut,” ujarnya.

Atas
 
KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI
Selasa, 23-26 Ogos 2007
Darul Digital telah menyertai pameran sempena Karnival Sains dan teknologi peringkat negeri Kelantan telah diadakan pada 23-26 Ogos 2007, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pameran tersebut. Hasil produk pelajar Darul Digital juga telah ditayangkan.

Atas
 
LAWATAN MAJID MAJIDI KE DARUL DIGITAL SEMPENA PESTA MINI KELANTAN
Majid Majidi (kanan) bersama Dato' Takiyuddin Hassan (kiri) semasa melawat ke Darul Digital.
Selasa, 03-05 Disembar 2007
Pada 3 hingga 5 Disember yang lalu Darul Digital dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Pesta Mini Kelantan 2007. Saudara Majid Majidi yang merupakan pengarah tersohor dari Iran telah dijemput sempena pesta tersebut. Disamping itu beberapa orang lagi penggiat seni tanahair juga dijemput seperti Maya Karin, Hassan Muthalib, Mamat Khalid dan Dr Hatta Azad Khan. Mereka juga telah dibawa melawat ke Darul Digital. Dalam pada itu, saudara Majid Majidi berhasrat untuk bekerjasama dalam penerbitan filem terutamanya untuk menghasilkan filem-filem berkonsepkan agama.

Atas
 
LAWATAN PELAJAR SEKOLAH KE DARUL DIGITAL
Isnin, 3 September 2007

1- 18 Ogos 2007
Lawatan dari sekolah SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, seramai 40 orang pelajar

2- 27 Oktober 2007 –
Lawatan dari sekolah Maahad Al- Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman, seramai 40 orang pelajar.

3- 5 Februari 2008 –
Seramai 10 orang pelajar dari Madrasah Baitul Qurra’.

Atas
 
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL GRADUAN DARUL DIGITAL
Antara Graduan Darul Digital yang telah menamatkan kursus dah dianugerahkan Sijil Tamat Kursus .
Khamis, 06 Mac 2008

Majlis penyampaian sijil telah diadakan pada 6 Mac 2008, di Dewan Teratai, Kota Darul Naim (SUK). Kira-kira 54 orang graduan Darul Digital yang telah menamatkan pengajian diraikan dalam majlis tersebut.

Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Takiyuddin b. Hassan iaitu Pengerusi Darul Digital. Ibubapa pelajar juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Terdapat lebih kurang 100 orang jemputan yang hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama Prof. Emer. Dato’ Dr. Zawawi b. Ismail, Pengarah Darul Digital dan Ir.Abdul Ariffahmi b. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Atas
 

 

 
TERKINI

Pengambilan
pelajar baru untuk

>> Kursus Pengenalan Animasi 3D & 2D

dibuka sekarang!

Untuk Maklumat lanjut, hubungi Darul Digital di talian 09-7473800 & 09-7478802

 
 
Paparan terbaik melalui resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan Mozilla Firefox atau Microsoft Internet Explorer

Hak Cipta Terpelihara Darul Digital © 2008
Lot 3-14, Tingkat 3, KB Bazaar, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan